Mudah menghafal?

ramaaai rakan2 yang tanya,tapi semua saya tak jawab sebab malas nak jawab..jadi biar saya jawab kat sini,semua dapat manfaat..

Soalannya ialah: “ostad,macam mana ustad boleh dapat banyak ilmu macam ni?apa amalan ustad?macam mana ustad belajar?macam mana ustad ngafal? (Dan soalan2 yang berbau macam ni)

Jawapan: ok..hmmmm…

Macam ni…saya ni orang biasa,korang yang muliakan saya,tapi hakikatnya allah yang tahu,saya kenal diri saya,saya ni kalau nak banding ngan anjing kat luar nu,anjing lagi baik dari saya,ilmu saya,bukan ada..saya kosong..semua tu ilmu allah…tapi saya ada belajar cara2 nak dapatkan ilmu dari ramai ulama seluruh dunia..dan alhamdulillah ajaran mereka tu bermanfaat buat saya dan menyebabkan saya dapat faham dan hafal ilmu dengan mudah,saya senaraikan apa yang guru2 saya ajar yang berjaya saya dapat hasilnya:

1)Setiap hari taubat
2)Sentiasa khimat mak ayah dan rayu minta doa dari ibu sebab doa ibu sangat mustajab!
3)Khidmat dan adab dengan ibu bapa dan ustaz.
4)Adab dan akhlak terhadap ibu bapa,ustaz dan ilmu itu yang paling penting.
5)Jangan tinggi suara depan ibu bapa dan ustaz.
6)Saya tak pernah halakan kaki kepada ibu bapa dan ustaz bahkan tidak pernah halakan kaki kepada mana2 ulama dan rakan2 saya yang hafiz quran sebab hormati ilmu dan quran dalam dada mereka.
7)Tak pernah halakan kaki kepada mana2 kitab agama dan tak pernah sentuh mana2 kitab agama termasuk lah pen dan kertas kosong yang diniatkan untuk guna menulis ilmu allah TANPA WUDHU.
8)Tak pernah tunjuk bontot kat ustad,lepas cakap ngn ustad,keluar dengan berundur.
9)Setiap kali dengar hadis atau ilmu yang SUDAH TAHU,saya akan tunduk dan cakap “ya allah,aku belum tahu ilmu ni,aku masih jahil!”
10)Setiap kali dengar hadis atau ilmu,akan niat dalam hati untuk amal bukan untuk “kumpul ilmu”
11)Setiap kali belajar dan terlintas dalam hati yang belajar tu sebab nak jadi pandai,saya akan terus stop belajar dan betulkan niat dulu sungguh2,baru sambung belajar balik.
12)Semua ulama yang aku jumpa walau lebih muda dari aku akan aku hormati dan sanjung2 dia.
13)Setiap kali baca kisah sahabat,wali dan ulama hebat saya akan doa dalam hati “ya allah,aku bukan wali,aku bukan ulama,aku bukan org soleh,tapi mencintai mereka dan PERTAHANKAN AJARAN MEREKA dari virus2 dajal,maka ampunkan aku dan bukak lah pintu ilmu utk ku”
14)Setiap kali dengar apa2 ilmu,aku akan sentiasa bercakap dalam hati,”aku tak tahu,aku jahil,aku hina”,bahkan selepas aku paham pun,aku akan tetap nafikan yang aku paham.(Wallahi cara ini sgt berkesan untuk allah buka lagi dan lagi kefahaman ttg sesuatu ilmu,dan pengalaman aku,kalau aku cakap “dah tahu” kepada ssuatu ilmu,kefahaman akan terhenti sampai situ je,aku tak dapat faham lebih jauh lagi ttg sesuatu ayat quran atau hadis tu )
15)Kalau orang puji aku,aku sangaaat takut dan istgfar,tapi kalau orang hina aku atau cakap aku bodoh,aku saaaangat gembira,sebab tu cara tarbiah hati untuk tawadhuk dengan allah,baru lah allah bagi lagi banyak ilmu yang belum saya ketahui.
16)Saya tidak ambil ilmu dari kitab dan ulama semata2,tapi saya ambil ilmu dari segalanya,dari perkataan budak kecik,dari haiwan,dari kata2 kawan,isteri,ke­lakuan mereka,perubaha­n awan,langit dan hujan,semua yang berlaku depan mata saya,saya yakin allah nak bagi mesej,lalu saya akn termenung fikir dan doa mintak allah bagi faham,pastu allah akan bagi macam2 ilham dan kadang2 ilham yang terlampau banyak ni saya limpahkan dalam fb,kadang dalam diari,kadang kat isteri.
17)Kena tahu kedudukan ilmu,bila susun kitab,akan susun ikut tahap,contohnya­ kitab mantik saya letak paling bawah,diikuti ilmu nahu,ilmu fiqh,ilmu tauhid,tajwid,h­adis,dan al quran paling tinggi.
18) Saya sentiasa dahulukan pendapat ulama lama yang lebih warak dan dekat dengan nabi,dan saya akan belakangkan sebelakang mungkin pendapat2 baru dari ulama baru yang hidup dalam zaman dajal ni.

Korang nak cakap saya bongkak,takabur­ dok cerita amalan sendiri,itu bukan hal saya.. Saya serahkan kepada allah untuk adili ia,tapi saya rasa ilmu dan adab ni sangat bermanfaat utk saya jadi saya nak share ngn smua orang supaya korang pun dapat amal…

Advertisements

Kaabah. Mungkin ramai masih tak tahu,

Image

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Continue reading

Qarin, kembar kau.

APAKAH ITU QARIN ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.”
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR 

 

sumber : facebook

Zikir Fatimah

Subhanallah!

Kisahnya ini bermula apabila beliau (Fatimah ra) merasa sedikit tertekanan daripada kesempitan hidupnya sekeluarga (tidak mewah). Sebagaimana umum mengetahui, kehidupan saidina Ali sekeluarga adalah sederhana sepanjang hayat. Beliau tidak dikurniakan harta yang bertimbun-timbun seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang saidatina Fatimah tidak mendapati apa-apa bekalan harian tambahan untuk menyediakan juadah mereka yang agak mewah.

Suatu hari, saidatina Fatimah merasakan apa salahnya sekiranya beliau pergi bertemu ayahandanya (Rasulullah SAW) bagi memohon sedikit bantuan. Tentu ayahandanya tidak keberatan untuk menolong (mendoakan kekayaan untuknya) sebagaimana suatu ketika Nabi Musa as pernah mendoakan Qarun. Akhirnya Qarun telah menjadi orang yang paling kaya dicatatkan dalam sejarah kehidupan seorang manusia di atas muka dunia ini. “Apa salahnya jika Rasulullah mendoakan agar Allah memurahkan sedikit lagi rezeki mereka sekeluarga” Fikir Fatimah ra.

Apabila berjumpa Rasulullah SAW, Aisyah terus sahaja memberitahu hajat dan niat di hatinya itu. Lantas Rasulullah memberitahu (maksudnya) “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra. “Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [rujuk sahih bukhari].

Rasulullah SAW meng Continue reading

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu dijaga dan amalkan

1.  Sentiasa Kekalkan Wudhuk

Wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah.

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 

 

2.  Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Allah SWT berfirman:
 “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

 

3.  Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita.

Allah SWT berfirman:
 “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

 

4.  Solat Jemaah Di Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjemaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjemaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjemaah sebanyak 27 pahala.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”

5.  Melakukan Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

6.  Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya:

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Allah SWT berfirman:
 “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)

 

7. Sentiasa Bersedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah.

Allah SWT berfirman:
“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya  menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?” (Al-Imran : 180)

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah.

Ketahuilah wahai mawar mujahidah,

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.

Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan  melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Tahukah dikau mawarku?

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.
 
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Mengertilah duhai mawar mujahidah,

Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:

ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب

‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’

Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…

Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
  
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
 
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai  persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Dan kini hai mawar,

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya  menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?

Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! 

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…

Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Golongan dimakbulkan doa mereka

Golongan dimakbulkan doa mereka

· Orang yang berada dalam kesusahan
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

· Anak soleh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

· Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

· Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

· Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

· Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”