Wanita dari tulang rusuk?

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan

“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.”

Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.
Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,

“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”

dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.
Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud,

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”

Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataup un memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan,

“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,”

—————————————————————————————————————————————————–

Benarkah wanita ini dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok? Apakah benar wanita pertama, Hawa, diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam?

Persoalan ini menimbulkan perdebatan hangat antara pihak yang menyokong dan menyangkal pendapat tersebut. Dalam banyak situasi, perbincangan itu akan mencapai kesimpulan yang amat mudah & simplistik. “Alah orang perempuan, memang diciptakan daripada rusuk yang bengkok, memang bengkoklah setiap gerak geri, pemikiran dan keputusannya.”

Apa yang jelas, Al Quranul Karim tidak menyatakan secara khusus bagaimana wanita pertama itu diciptakan melainkan Allah SWT hanya menyebutkan bahawa pasangan hidup Adam diciptakan daripadanya sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat pertama, Surah An Nisa’ yang bermaksud:

Hai manusia sekalian, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari daripadanya diciptakan pasangannya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan wanita yang banyak ramai.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Sesungguhnya itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat memanfaatkannya dengan tetap dalam keadaan bengkok.”

Dalam hadith lain yang hampir sama konteks:

Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Samada hadith-hadith di atas membawa makna analogi atau perbandingan antara sifat emosi dan jiwa wanita yang ‘bengkok’ ibarat tulang rusuk atau perlu dilihat dari sudut literal dan fizikalnya, tidaklah harus melihat kebengkokan itu sebagai satu kecacatan, kelemahan & kekurangan yang menghalang wanita menyumbang secara produktif kepada masyarakatnya. Malahan kita harus mampu menyedari bahawa adakalanya untuk memainkan peranan & fungsi yang ditetapkan sesuatu kejadian atau keadaan itu mestilah ‘bengkok’ dan tidak lurus. Sekiranya sesuatu berubah daripada kejadian asal iaitu ‘bengkok’ kepada yang lurus & nampak lebih sempurna, kemungkinan besar ia tidak lagi mampu berfungsi secara efektif & berkesan.

Saya ingin menghuraikan dari sudut anatomi perubatan, di mana tulang-tulang rusuk membentuk struktur kukuh yang dinamakan sangkar rusuk (rib cage) yang berfungsi untuk melindungi 2 organ penting dalam tubuh manusia iaitu jantung & paru-paru. Hanya dengan mempunyai sifat membengkok yang berlainan darjah sudutnya, maka tulang-tulang rusuk itu disusun dengan begitu indah bagi membentuk 1 sangkar yang teguh kukuh & fleksibel. Dalam konteks ini tulang rusuk mestilah bengkok & tidak boleh lurus & tegak. Sebarang usaha mahu meluruskan tulang rusuk akan hanya menyebabkannya patah & langsung tidak dapat berfungsi lagi sebagai sebuah sangkar rusuk ynag teguh.

Analogi ini memaksa kita berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Saya perturunkan di bawah ini petikan Tafsir Al Azhar (Jilid 1) yang dinukilkan oleh Prof. Hamka yang membahaskan secara terperinci tentang hadith-hadith ini:

Maka jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan dengan bengkok nya wanita itu adalah aspek jiwa wanita itu. Secara umumnya pertimbangan wanita tidak lurus & kurang objektif, lebih banyak mempertimbangkan sesuatu mengikut sentimen & perasaannya. Hadith-hadith ini telah memberi petunjuk kepada kaum lelaki khususnya para suami dalam mempergauli isteri & mendidik anak-anak perempuan. Untuk menjamin kerukunan rumahtangga, hendaklah kaum lekai mengenal kelemahan jiwa wanita itu iaitu laksana tulang rusuk yang bengkok. Seorang suami yang berpengalaman akan mengerti & memahami apa maksud hadith-hadith ini. ‘Kelemahan’ wanita ini pada hakikatnya jika lekai pandai menyantuni & menguruskannya akan menjadi salah 1 dasar yang memperkukuhkan lagi sesebuah rumahtangga.

Analogi atau perbandingan ini sebenarnya amat simbolik sebab mengambil struktur tulang yang pada dasarnya 1 organ yang amat kukuh, membina kerangka manusia tetapi paling ‘bengkok’ seolah-olah melambangkan pula ketidaksempurnaan dan kecacatan. Apa yang jelas, Rasulullah menyarankan para lelaki agar memelihara & melayani wanita dengan baik lantaran ‘kebengkokan’ yang dihuraikan tadi.

Dalam pada itu, kaum lelaki harus juga mengingati betapa teguh & wajanya semangat wanita dalam menghadapi cabaran & kesukaran hidup ibarat tulang yang tidak mudah patah, sekalipun bengkok! Tentu sekali bukan agar wanita ini dikasari diperlakukan sewenang-wenangnya ditindas & diberikan layanan yang buruk dek sebab kejadiannya yang tidak lurus dan bengkok itu!

Tanggapan yang begitu negatif terhadap wanita mungkin dipengaruhi oleh penafsiran Jeudo-Kristian yang sememangnya menganggapi wanita sebagai unsur ‘jahat’ yang menjadi ‘musuh & ancaman’ kepada kemajuan spiritual kaum lelaki. Wanita diganbarkan sebagai penggoda dan rakan kongsi syaitan yang diperalatkan agar menyesatkan manusia ke jalan kemusnahan. Pandangan yang jelas tersasar ini menjadi asas kepada layanan buruk yang diberikan terhadap wanita.

Malangnya pemikiran ini juga diterima pakai wanita sendiri yang menerima secara bulat-bulat betapa lemah, bengkok dan jahatnya mereka. Berlakulah 1 kitaran diskriminasi & penindasan yang lengkap antara golongan yang dianggap lebih mulia (lelaki) dengan kelompok lemah & hina (wanita)-yang mendasari semua bentuk hubungan & interaksi antara dua jantina ini.

Sudah tiba masanya kita mempunyai fikiran yang terbuka & kritikal. Sesuatu yang bengkok itu tidak semestinya lebih buruk serta cacat cela daripada sesuatu yang lurus. Sesungguhnya Allah menciptakan setiap seorang manusia dengan keistimewaan & kekurangannya sendiri. Tiada siapa yang dihalang daripada mengabdikan diri kepada Allah secara total, yang membezakan kita hanyalah nilaian taqwa disisi Allah. Tanggungjawab manusia adalah menggunakan segala kurniaan & kelebihan yang ada untuk meraih keredhaanNya. Maha Adil Allah yang Maha Esa, apabila diperturunkanNya di dalam Al Quran yang mulia perihal kesamaan dari sudut spiritual ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 195 yang bermaksud:

Sesungguhnya Aku tidak menyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan (sebab) sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain.

Saya perturunkan sebuah nukilan puisi Inggeris yang menggambarkan betapa indahnya perbandingan ciptaan wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Marilah sama-sama kita renungkan:

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya,Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s