Kisah perintah Allah kepada Ibrahim agar menyeru manusia kepada Kaabah~

Ringkasan cerita

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim A.S. untuk membina semula Kaabah yang sudah runtuh dan terkambus. Kemudian, Allah SWT memerintahkan pula Ibrahim untuk menyeru manusia supaya menziarahi Kaabah.

Ibrahim bertanya, “ Bagaimanakah seruanku dapat sampai kepada manusia?”

Allah menegaskan bahawa Dialah yang akan menyentuh hati-hati manusia itu. Ibrahim hanya berperanan membuat seruan.

Pengajaran

Ya! Kita hanya bisa menyampaikan. Kita boleh menyeru manusia kepada kebaikan. Kita berdakwah siang dan malam. Kita mengatur strategi untuk mengajak mereka kepada Allah. Namun hakikatnya, Allahlah yang memberi hidayah.

Sekiranya banyak yang menjadi pengikut (jemaah kita), bukanlah kita yang hebat. Kita bukanlah siapa-siapa. Kita bukanlah pendakwah hebat. Kita bukan juga manusia istimewa. Allahlah yang memiliki segala kehebatan itu. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya untuk menyentuh hati-hati makhluk ciptaan-Nya.

Jadi, sentiasalah bermuhasabah dan mengislah diri. Ingatkan diri tentang tanggungjawab kita yang sebenarnya. Apa yang pasti!!! Kita hanyalah manusia biasa yang banyak khilaf dan kelemahan…

Al-Waqi’ah

——————————————————————-

[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, –
[18]
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; –
[26]
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”
[49]
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, –
[76]
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, –
[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, –
[84]
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, –
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), –
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[91]
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]
Serta bakaran api neraka.
[95]
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan “بسم الله” sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
“لا إلاه إلا الله محمد رسول الله”, supaya kamu dapat jawab soalan mereka.

PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM SEMINGGU

AHAD

1. Allah menjadikan alam ini
2. Allah menjadikan bintang-bintang di langit.
3. Allah menjadikan api neraka
4. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapisan
5. Allah menjadikan tujuh jenis lautan
6. Allah menjadikan tujuh anggota manusia

ISNIN

1. Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.
2. Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina
3. Bukti kekuasaan Allah diturunkan
4. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan
5. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW
6. Rasulullah SAW wafat.

SELASA

1. Nabi Yahya telah dibunuh
2. Nabi Zakaria telah dibunuh
3. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
4. Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
5. Lembu Bani Israel dibunuh
6. Habil dibunuh oleh Qabil.

RABU

1. Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah SWT.
2. Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
3. Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
4. Umat Nabi Salleh AS dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibrail AS.
5. Umat Nabi Hud AS dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat.

KHAMIS

1. Nabi Ibrahim AS memasuki kerajaan Mesir.
2. Saudara Nabi Yusuf AS telah menemuinya semula di Mesir setelah terpisah lama.
3. Nabi Yaakob AS bertemu dengan anaknya semula iaitu Nabi Yusuf AS di Mesir.
4. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mekah.

JUMAAT

1. Nabi Adam AS berkahwin dengan Siti Hawa.
2. Nabi Yusuf AS berkahwin dengan Zulaikha.
3. Nabi Musa AS berkahwin dengan Siti Safura yakni anak kepada Nabi Syuib AS.
4. Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis
5. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah
6. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Aishah.
7. Ali bin Abu Thalib RA berkahwin dengan Siti Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW.

SABTU

1. Nabi Nuh AS diperolok-olokkan oleh kaumnya.
2. Nabi Salleh AS ditipu oleh umatnya.
3. Nabi Yusuf AS ditipu oleh saudara-saudaranya.
4. Nabi Musa AS ditindas oleh Firaun.
5. Nabi Isa AS diperdayakan oleh Kaum Yahudi.
6. Nabi Muhammad SAW menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah

Janji Allah .

Ketika nyawa Rasulullah SAW ditarik sehingga ke dada, dalam keadaan menghadapi sakratul maut, Nabi bertanya kepada Malaikat Jibrail:

“ Apa janji Allah kepada umatku?”

Jibrail menjawab,

“Wahai kekasih Allah, seluruh penghuni syurga sedang beratur       menantimu di syurga.”

Rasulullah berkata,

“Wahai Jibrail, aku mahu tahu apa janji Allah kepada umatku?”

Jibrail menjawab lagi,

“Ya Muhammad, Allah telah menyediakan pelbagai makanan           lazat dan minuman-minuman yang tidak mungkin kau tidak           pernah bayangkan.”

Dalam keadaan masih menahan sakit yang terlalu kuat, Rasullullah merayu pada Jibrail,

“Jibrail, aku mahu tahu tentang janji Allah terhadap umatku.           Tolong beritahuku Jibrail.”

Akhirnya Jibrail menjawab,

“Allah menjanjikan 3 perkara kepada umatmu Ya Muhammad.       Pertama, umatmu adalah yang pertama akan bangkit ketika hari   kiamat. Kedua, umatmu yang akan dihitung amalannya di               padang mahsyar. Ketiga, umatmu yang pertama akan masuk ke     syurga.”

Kemudian, Nabi Muhammad bertanya lagi kepada Jibrail,

“Wahai Jibrail, beginikah rasanya sakit menghadapi mati?”

“Ya, Ya Muhammad”, jawab Jibrail.

“Kalau begitu, mintalah pada Allah agar semua kesakitan mati         yang akan dirasai oleh umatku dipindahkan kepadaku Ya                 Jibrail. Umatku tidak akan mampu menahan sakit ini. Tolong         mohon pada Allah, Jibrail”

Jibrail pun memohon kepada Allah tetapi permintaan Rasulullah tidak diperkenankan. Ketika nyawa Rasulullah sudah sampai ke halkum, baginda ingin mengatakan sesuatu tetapi suaranya tidak dapat didengari. Lantas puterinya, Fatimah R.A mendekatkan telinga ke mulut Rasulullah.

Rasulullah menyebut tiga perkataan iaitu,

  • Jaga solat
  • Jaga wanita
  • Umatku

 

Sumber
Ceramah Maulidurrasul di kampung
13 Mac 2011 / 11.00 a.m

KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA .

KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA….BACA KISAH INI.

 

by Selftechgroup Azmin on Friday, February 4, 2011 at 9:24am

Kita Umat Yang Special, Umat Akhir Zaman

Displaying all 22 posts.

  • Rosli Hanip

    “Rasulullah merindui umat akhir zaman” …..**** 

    Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. 

    Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. 

    “Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah. 

    “Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara: 

    “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.” 

    Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah. 

    “Malaikat,” jawab sahabat. 

    “Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, ” Para nabi.” 

    “Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.” 

    “Mungkin kami,” celah seorang sahabat. 

    “Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. 

    “Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. 

    “Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah. 

    “Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. 

    Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya. 

    Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah. 

    Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w…”Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384) 

    Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi) 

    Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud) 

    Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni) 

    Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi) 

    Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi) 

    Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni) 

    Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad) 

    Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani) 

    Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin. 

     

    Fadilat Selawat – untuk renungan 

    Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.” 

    Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.” 

    Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.” 

    Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” 

    Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. 

    Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. 

    Amin Ya Rabbal Alamin.